Slider

Video Glam!

Glam!

Oh!Sem

Weirdo!

Whateverrr

Oh! Dunia

Oh! Kejam

» » » BEDAH WAJAH UNTUK NAMPAK CANTIK KETIKA SELFIE

BEDAH WAJAH UNTUK NAMPAK CANTIK KETIKA SELFIECalifornia – Seorang wanita sanggup membelanjakan hampir RM50,000 untuk melakukan pembedahan plastik semata-semata untuk mendapatkan wajah menarik ketika `selfie’.

BEDAH WAJAH UNTUK NAMPAK CANTIK KETIKA SELFIE

Triana Lavey, 38, dari Los Angeles, California, mendedahkan dia benci dengan wajahnya dalam Facebook dan Instagram.

Justeru bagi membolehkan dia mendapatkan wajah yang seperti supermodel, dia telah melakukan implan di dagu, hidung dan pipi.

Selepas dua tahun, dia berjaya mendapatkan wajah yang diidamkannya itu.

“Saya kini mendapat wajah yang menarik dan menjadi diri sendiri selain Photoshopped,’’ katanya.

Jelasnya, dia berbuat demikian kerana penyertaan dalam media sosial adalah penting dan dalam masa sama adalah untuk mempromosikan diri sendiri.

Memandangkan dia bekerja sebagai pengurus mencari bakat maka adalah penting untuk Lavey mempunyai rupa yang menarik.

Lavey juga menggunakan suntikan botox bagi memastikan wajahnya terus tegang dan kelihatan menarik.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.