Saat Bahagaia pasangan Darman Alias dan Ismayani
Bunuh Isteri Gara-Gara Kehendak Tak Dilayani -BANGKO- Seorang warga negara Indonesia, Darman Alias Bujang, 42, warga RT 25 Kelurahan Pematang Kandis, Kecamatan Bangko, Kabupaten Merangin, dituduh membunuh isterinya sendiri, Ismayani, 35.
Darman dikatakan telah menetak leher isterinya dengan sebilah parang gara-gara kehendak beliau gagal dipenuhi isterinya. Pasangan tersebut dikurniakan dua orang anak sehingga kini.
Pembunuhan dikatakan terjadi sekitar jam 04.30 pagi, Isnin lalu, (10/12). Ketika kejadian itu penduduk kampung mendakwa ada mendengar jeritanan Ismayani dari rumah pasangan suami isteri tersebut. Namun, mereka tidak menyangka ianya dilakukan oleh suaminya sendiri.
Menurut laporan dari Jambi Independent (Grup JPNN), pada awal malam tersebut kedua pasangan yang telah menetap di Kota Bangko sejak lima tahun lalu itu dilihat tiada masaalah .Petang Ahad sehinggalah malam itu, mereka masih dilihat bersama.
Pada malam kejadian, setelah berkumpul bersama sambil menonton televisiyen, Darman dikatakan telah masuk bilik tidur. Tidak lama kemudian, isterinya juga dikatakan ikut masuk kedalam bilik tidur.
Selanjutnya pada malam itu, Darman yang berhasrat mengadakan hubungan intim mengajak isterinya untuk bersenggama. Malangnya, si isteri menolak. Lalu keduanya dikatakan bertengkar sambil melepaskan rasa marah masing-masing.
Pada jam 03.00 pagi, Darman dikatakan hilang pertimbangan, lalu pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang kembali ke bilik tidur. Seperti syaitan merasuk diri, Bujang dikatakan membabi buta menyerang isterinya. Akibatnya, Ismayani tersungkur dan dibasahi darah akibat kecederaan parah dileher dan menghembuskan nafas terakhir disitu.
Sang suami yang panik menjerit meminta tolong dari orang kampung dan berlakon seolah keluarganya diserang penjenayah.
Namun apabila pihak polis melakukan siasatan, mereka telah menemui barang bukti iaitu sebilah parang dan sebilah sabit di dalam semak-samun berdekatan rumah yang masih disaluti darah.
Menurut pihak polis, Darman Alias Bujang akhirnya mengaku telah melakukan perbuatan tersebut dan kini masih didalam siasatan lanjut untuk dihadapkan ke mahkamah Indonesia kerana melakukan pembunuhan terhadap isterinya sendiri.
No comments: