Slider

Video Glam!

Glam!

Oh!Sem

Weirdo!

Whateverrr

Oh! Dunia

Oh! Kejam

» » Akui Pertunangan Sudah Putus, Shah Jaszle & Redzwani Puteri Masih Bercinta

Akhirnya setelah banyak versi cerita mengenai pertunangan mereka dipampangkan di dada akhbar, Shah Jaszle dan Redzwani Puteri mengakui yang pertunangan mereka telah pun diputuskan. Namun begitu, mereka berdua masih bercinta dan berhubung seperti biasa kerana keputusan tersebut adalah dibuat oleh keluarga masing-masing, bukannya oleh mereka.
shah jaszle
Kata Shah Jaszle kepada Mstar Online:-
Yang bercintanya adalah kami, Keputusan memutuskan pertunangan itu datangnya daripada pihak keluarga dan bukannya daripada kami. Apa yang saya dan Puteri hanya mampu buat adalah reda sahaja dan berdoa agar perhubungan kami dan keluarga kembali pulih.
shah jaszle
Malah Redzwani Puteri turut mengakui yang mereka masih berhubung seperti biasa. Redzwani juga turut mengakui perasaan sayang masih menebal di dalam dadanya. Kata Redzwani:-

Ya (masih sayangkan Shah Jaszle). Saya tak mahu tipu tentang hal itu. Bukan senang untuk tiba-tiba berhentikan perasaan cinta itu. Lebih-lebih lagi kami sebelum ini adalah kawan baik dan kemudian bertukar menjadi cinta. Ia bukan satu benda yang mudah untuk dilupakan. Tetapi pada masa sama saya perlu menghormati keluarga.
Sememangnya restu keluarga adalah sangat penting di dalam mendirikan rumahtangga. Selalunya keputusan yang diambil oleh orang tua adalah tepat dan dilakukan selepas difikir masak-masak. Nasihat Abang Nara, tenangkan diri terlebih dahulu. Selesaikan kes khalwat dan lihatlah apa yang akan berlaku selepas itu. Pasti akan ditunjukkan jalan terbaik olehNya kelak.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.