AGNES MONICA MELENTING BILA DITANYA MENGENAI ISU AKSI HOT DI KLIP VIDEO | Penyanyi kelahiran Indonesia, Agnez Monica yang semakin agresif dengan misi dan visi untuk menembusi pasaran muzik di Amerika Syarikat dilaporkan agak kurang senang apabila wartawan mengajukan pertanyaan tentang insiden putingnya yang tersembul keluar di dalam muzik video antarabangsanya iaitu Coke Bottle.
AGNES MONICA MELENTING BILA DITANYA MENGENAI ISU AKSI HOT DI KLIP VIDEO
Malah Agnez Mo yang dulunya dikenali sebagai Agnez Mo menafikan bahawa tercetusnya insiden tersebut di dalam lagu Coke Bottle yang turut menampilkan rapper dan produser Timbaland serta T.I sebagai featuring artiste.
“Itu tidak benar. Saya tidak mahu komen apa-apa kerana itu tidak benar,” jawabnya secara pendek.
Namun ada segelintir pihak menganggap bahawa insiden itu memang sengaja dibiarkan berlaku supaya ianya dapat mencetuskan kontroversi, sekaligus memudahlah lagi laluan Agnez Mo untuk lebih dikenali di pasaran antarabangsa.
Apa tidaknya, sebaik saja muzik video rasmi single ini dilancarkan di Youtube bermula 1 April 2014, ianya telah berjaya mencecah lebih sejuta penonton dalam tempoh tidak sampai 5 hari ianya disiarkan.
Ketika ini, jumlah tontonan muzik video Coke Bottle ini adalah sekitar 1,534,185 dan angka ini dijangka terus meningkat naik dari masa ke semasa.
Apapun sebuah media lain memberitahu bahawa insiden puting tersembur keluar yang kelihatan pada minit 1:13-1:14 itu sebenarnya berlaku tanpa disengajakan, namun yang anehnya sehingga sekarang, tiada usaha daripada pihak label untuk melakukan suntingan semula terhadap muzik video tersebut.
Hal ini nampaknya memberikan peluang yang cukup luas kepada mereka yang anti-Agnez Mo untuk terus mengecam dan mengkritik Agnez bahawa penyanyi sebenarnya telah pun gagal untuk mencipta nama di sana (Amerika Syarikat).
Tentang tanggapan fans yang menganggap penampilannya terlalu seksi di dalam muzik video ini, Agnez MO berkata, dia sebolehnya tidak mahu terlalu ambil pusing dengan perkara tersebut.
“Perkara itu bukan satu masalah. Tergantung pada penerimaan dan pemikiran masing-masing. Kalau orang melihat ianya negatif, maka negatiflah jadinya. Kalau sesempurna mana pun sesuatu perkara itu dibuat, ia tetap akan dipandang negatif,” katanya lagi.
No comments: