Slider

Video Glam!

Glam!

Oh!Sem

Weirdo!

Whateverrr

Oh! Dunia

Oh! Kejam

» » SHAM KAMIKAZE BERI RESPON TUDUHAN BEKAS ISTERINYA

SHAM KAMIKAZE BERI RESPON TUDUHAN BEKAS ISTERINYA | Assalamu'alaikum wbt.

SHAM KAMIKAZE BERI RESPON TUDUHAN BEKAS ISTERINYA

Apa yang berlaku di antara saya dan bekas isteri saya sudah menjadi sejarah hidup saya. Dan jika pihak beliau masih tidak berpuas hati, maka itu adalah hak beliau untuk menuduh saya dengan pelbagai cerita bagi meraih simpati orang ramai untuk kepentingan peribadi.

Adapun perceraian telah difailkan di mahkamah 2 tahun yang lalu dan saya tidak nampak apa jua alasan untuk menjaja kisah rumahtangga, apatah lagi jika kenyataan media tersebut bermotifkan dendam dan memalukan saya di khalayak ramai. 



Sebagaimana diketahui umum, saya tidak pernah walau sekalipun membuat apa-apa kenyataan berhubung beliau, apatah lagi mengaitkan beliau dalam apa jua keadaan sebagaimana didakwa.

Saya tidak perlu untuk menjawab kepada sesiapa pun tentang perkara ini kerana saya dan beliau tidak mempunyai apa-apa ikatan lagi.

Saya doakan agar beliau terus tabah mengharungi hidup beliau dengan segala cara untuk bahagia Insya Allah.

Barakallahu fikum.

Maka itulah jawapan balas dari Sham Kamikaze.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.