Slider

Video Glam!

Glam!

Oh!Sem

Weirdo!

Whateverrr

Oh! Dunia

Oh! Kejam

» » ASTRO MOHON MAAF ATAS PAPARAN MESEJ LUCAH DALAM RANCANGAN OH MY ENGLISH

ASTRO MOHON MAAF ATAS PAPARAN MESEJ LUCAH DALAM RANCANGAN OH MY ENGLISH | Stesen penyiaran Astro memohon maaf atas kecuaian pihaknya sehingga mesej Twitter berunsur lucah terlepas untuk tontonan umum dalam rancangan Oh My English musim ketiga (OME) pada Ahad yang lalu.

ASTRO MOHON MAAF ATAS PAPARAN MESEJ LUCAH DALAM RANCANGAN OH MY ENGLISH

Jurucakap Astro berkata, akaun Twitter peminat telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab dengan tujuan bagi mencemarkan stesen televisyen berkenaan.


Kami ada memuat-naik gambar hasil kiriman orang ramai di laman Facebook Oh! Tidak dan menerima maklumbalas baik daripada pihak Oh My English (Astro).


Hai Oh! Tidak, kami sangat berterima kasih kepada anda kerana menarik perhatian kami mengenai kecuaian paparan tweet di kaca TV semasa siaran Oh My English. Kami ingin memohon maaf dengan seikhlas hati atas kecuaian yang tidak disengajakan dari pihak kami dan tindakan telah pun diambil bagi memastikan perkara tersebut tidak akan berulang lagi. Kami juga berharap agar Oh Tidak! akan terus memberikan sokongan padu terhadap Oh My English dan Astro secara keseluruhannya. Terima kasih.

Menurut pihak Astro lagi, setiap hari mereka menerima puluhan ribu mesej di Twitter dan keterlepasan mesej berbaur lucah berkenaan kepada umum adalah tidak disengajakan.

Dalam kejadian Ahad lalu, seorang individu telah mengirimkan mesej menerusi Twitter untuk sairan Oh My English musim ketiga berbau lucah yang ditujukan kepada Jibam, salah satu watak lakonan Akhmal Rizal.


Sementara itu Astro berkata, berikutan kejadian itu pihaknya akan mengawal dengan lebih ketat penyiaran mesej Twitter pada masa akan datang. Astro juga turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan penggodam yang mungkin cuba mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu perkara buruk.

“Kepada semua peminat, kami ingin menasihati mereka supaya menjaga akaun Twitter masing-masing dengan selamat,” katanya.

Oh My English musim ketiga disiarkan menerusi TVIQ pada setiap hari Ahad pukul 9 malam dan diulang siar beberapa kali menerusi saluran itu.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.