LOL!! VIDEO YANG MEMBUATKAN AIRASIA MAKAN HATI
LOL!! VIDEO YANG MEMBUATKAN AIRASIA MAKAN HATI
Video ini adalah mengenai tutorial persediaan kepada para penumpang sebelum pesawat terbang.
Walaupun videonya hanya sepanjang 1:51 minit, kalau ditonton betul-betul, ia sedikit sebanyak sama seperti sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang ada di Malaysia iaitu Air Asia.
Sebabnya, ketika dalam pesawat, setiap keperluan atau barang yang mahu digunakan, akan dikenakan bayaran tambahan.
Konsep untuk AirAsia adalah dengan menghapuskan kelas pertama dan kelas perniagaan selain tidak menawarkan makanan dan minuman dalam pesawat.
Kalau ingin minum atau makan, penumpang perlu membayar sejumlah wang yang ditetapkan untuk setiap makanan yang dijual dalam pesawat AisAsia.
Bahkan, air mineral botol kecil juga nilainya boleh dikatakan agak mahal.
Jadi, kebanyakan penumpang akan makan dan minum terlebih dahulu sebelum menaiki pesawat supaya tidak berasa lapar dalam perjalanan.
Kalau perjalanan yang jauh dan memakan masa yang lama macam mana pula?
Syarikat penerbangan tambang rendah bukannya baru di negara Barat, seperti di Amerika Syarikat, konsep itu diperkenalkan oleh Southwest Airline manakala Ryanair pula beroperasi di Ireland.
Jadi, agak-agaknya, pihak AirAsia terasa tak dengan video ini?
Apa-apa pun, ini hanyalah bahan lawak sahaja. Layannnn…
No comments: