Slider

Video Glam!

Glam!

Oh!Sem

Weirdo!

Whateverrr

Oh! Dunia

Oh! Kejam

» » PENGGUNA MEDIA SOSIAL HINA KEMANGKATAN SULTAN PERAK

PENGGUNA MEDIA SOSIAL HINA KEMANGKATAN SULTAN PERAK | Seorang penguna akaun media sosial yang dikenali sebagai “Vladimiro Montesinos” dikesan memuatnaik status yang menghina Almarhum Sultan Perak yang mangkat tengahari tadi.

PENGGUNA MEDIA SOSIAL HINA KEMANGKATAN SULTAN PERAK

Tindakan tidak bertanggungjawab dan provokasi ini dilihat seperti sengaja dilakukan untuk mengundang kemarahan pengguna media sosial yang lain.

Beberapa komen daripada pengguna media sosial lain turut mengutuk tindakan tidak bertamadun pemegang akaun media sosial ini dan ada yang mencabar supaya pemegang akaun ini meletakan muka sebenar didalam profil gambar akaun media sosial tersebut.

Sebelum itu, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, 86, mangkat pada jam 1.30 tengah hari Rabu dan akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, Khamis.Pengumuman itu dibuat Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Baginda yang telah memerintah Perak selama tiga dekad sejak ditabalkan pada 3 Februari 1984, akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk penghormatan terakhir.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

Note: Only a member of this blog may post a comment.