FILEM DEWASA JEPUN DILAKONKAN DI MARINA BAY SANDS SINGAPURA! | Sebuah filem lucah yang dikeluarkan oleh produksi filem lucah Jepun dibintangi oleh pelakon lucah wanita dari Jepun bernama Aoki Misora di pelbagai lokasi di seluruh Singapura, termasuk hotel Marina Bay Sands (MBS) telah berlegar-legar di laman- laman web lucah Jepun !..
FILEM DEWASA JEPUN DILAKONKAN DI MARINA BAY SANDS SINGAPURA!
Menurut laporan di akhbar Cina Lianhe Wanbao, filem lucah berdurasi 160 minit itu menceritakan tentang pasangan Jepun yang menginap di sebuah hotel semasa bercuti di Singapura..
Dalam filem itu, mereka boleh dilihat berenang di kolam renang di Sands Sky Park..Adegan dalam filem lucah porno Jepun itu turut diselangi dengan pasangan itu terlibat dalam beberapa hubungan seksual di dalam sebuah bilik hotel di Marina Bay Sands..
Pelakon filem lucah wanita dari Jepun itu juga dilihat melawat beberapa tempat seperti Chinatown, Bugis dan Pasar Maxwell untuk menikmati hidangan tempatan seperti nasi ayam, dan kemudian kembali ke bilik mewah hotel penginapan mereka..
Laporan itu juga menyebut bahawa filem ini mencetuskan perdebatan di kalangan penduduk tempatan yang telah melihat filem itu dan beberapa kebimbangan telah disuarakan mengenai video filem lucah ini yang dikaitkan sebagai salah satu langkah mempromosi pelancongan di Singapura..!!
Video 160 minit panjang itu telah dimuat naik dan dikatakan mula berlegar-legar di laman- laman web porno dan lucah Jepun sejak beberapa minggu lepas..
No comments: